MADAH

Kenangan

Wahai angin bawalah awan itu pergi, kerana aku ingin melihat sang pelangi. Kenangan. Ada kenangan manis. Ada kenangan pahit. Tapi dalam kehidupanku lebih banyak kenangan pahit berbanding kenangan manis. Tapi tidak mengapa. Aku anggap ianya sebagai pengalaman yang mengajar aku untuk jadi lebih matang. Matang bukan dengan umur, matang bukan dengan wang ringgit. Tapi matang dengan pengalaman. Penglaman yang mematangkan kita. Sejauhmana kita boleh harungi sesuatu dugaan, sejauh itulah kematangan kita. Aku simpan semua kenangan terindah dalam kenangan, aku juga simpan kenangan pahit sebagai pedoman.

Duka

Tiada duka yang abadi di dunia. Tiada sepi yang mengurung diri selamanya. Hidup di dunia penuh dengan ujian. Ujian akan datang kepada diri kita selagi kita masih bernyawa. Ujian hanya akan berakhir ketika roh berpisah dari jasad. Setiap ujian pasti berakhir dengan duka. Setiap duka yang dirasai membuatkan kita merasa penat. Rehatlah seketika. Jangan berputus asa. Kembali bangkit setelah rehat seketika. Kerana tiada duka yang abadi di dunia.

Emosi

Emosi dan semangat kita seperti graf. Ada ketika emosi dan semangat kita tinggi dan ada masa emosi dan semangat kita rendah. Apa pun situasi yang perlu kita harungi, kita perlu kuat. Jangan berhenti untuk memotivasikan diri kita sendiri kerana orang yang kita percayai tidak selalu berada disisi kita. Jangan terlalu bergantung untuk orang memotivasikan diri kita. Atasi emosi dengan baik kerana apa lagi yang kita mahu dalam hidup ini melainkan ketenangan dan kebahagian.

Hidup

Hidup kita di dunia ini adalah sebagai hamba. Hamba memang sering diberikan ujian. Hidup juga ada masa untuk gembira dan sedih. Gembira dan sedih juga merupakan ujian. Hidup juga ibarat pelangi, penuh dengan pelbagai warna. Apapun warna yang telah ditetapkan kita laluilah dengan sabar. Hidup perlu diteruskan meski penuh dengan tngisan.

Syukur

Syukur merupakan perkara yang amat penting. Bila kita merasakan diri kita yang paling malang dan paling tidak bernasib baik, Cuba lihat disekeliling kita. Bila kita rasa dugaan kita sangat hebat lihatlah sekeliling kita. Masih ada yang Allah uji lebih berat dari ujian kita. Syukur dengan apa yang kita ada, yang mungkin orang sekeliling kita tidak ada kerana hakikatnya dugaan kita kecil saja jika hendak dibandingkan dengan insan lain.