GELARAN DR., PROFESOR MADYA DAN PROFESOR

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Harap semua berada dalam keadaan sihat. Pandemik Covid-19 di negara kita semakin buruk. Saya tak nak komen apa-apa dan pasrah saja dengan keadaan yang berlaku sekarang. Harap anda semua jaga diri dan terus patuh kepada SOP yang telah ditetapkan.

Hari ini saya nak kongsi ilmu sikit anda semua. Saya nak kongsikan gelaran-gelaran tersebut kepada anda semua. Bagi mereka yang pernah menjadi mahasiswa universiti terutamanya universiti awam pasti sudah biasa dengan pensyarah yang mempunyai gelaran Dr. dan Prof. kan? Bagi orang awam pula, mungkin anda biasa mendengar dan melihat gelaran Dr. ini di hospital mahupun di klinik kerajaan dan swasta. Mungkin ada dalam kalangan masyarakat yang masih janggal dan pelik mengapa pensyarah di universiti, mereka juga dipanggil Dr., sedangkan mereka tidak boleh merawat pesakit. Mungkin?

Hari ini saya nk berkongsi ilmu yang saya dapat. Saya mulakan dengan gelaran Dr. Jika seseorang dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah atau Doctor of Philosophy (PhD) mereka layak mendapat gelaran Dr. walaupun bukan bidang perubatan. Doktor adalah ijazah tertinggi dalam bidang pengajian. Sebagai contoh, jika seseorang mempunyai doktor dalam bidang bahasa Melayu, itu bermakna beliau adalah orang yang telah membuat doktor dalam bidang bahasa Melayu. Oleh itu, tidak hanya doktor perubatan yang wujud di dunia nyata tetapi doktor dalam semua bidang pengajian.

Profesor Madya merupakan pangkat dalam dunia pendidikan. Setiap pensyarah yang mempunyai PhD boleh naik pangkat ke Prof Madya. Bagi pengetahuan semua, seorang pensyarah yang mempunyai pangkat Prof. Madya tidak boleh dipanggil Prof. Mereka hanya boleh di gelar sebagai Dr. saja jika memiliki PhD. Saya tidak dapat jawapan yang memuaskan mengapa Prof. Madya tidak boleh dipanggil Prof. Saya telah rujuk sumber yang berautoriti seperti Dewan Bahasa dan Pustaka namun tiada penjelasan. Pendapat saya, untuk menjadi seorang Profesor, seseorang itu perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam bidangnya serta banyak menghasilkan kajian-kajian dan menerbitkan pelbagai artikel dan buku ilmiah di samping telah melahirkan ramai pelajar Sarjana dan Pelajar Doktor Falsafah. Kerja-kerja tersebut bukan mudah. Saya beranggapan pangkat Prof. Madya ini ibarat pembantu kepada Profesor. Mereka perlu bekerja keras dalam bidang masing-masing supaya layak mendapat gelaran Profesor penuh.

Pangkat paling tinggi selepas pangkat Prof. Madya ialah Profesor. Pangkat ini membolehkan seseorang itu mendapat gelaran Prof. Profesor adalah pangkat tertinggi dalam hirarki akademik di sebuah universiti. Sesiapa yang bercita-cita untuk menjadi profesor perlu mendapatkan Ph.D. Profesor diberikan kepada individu yang memberi sumbangan penting mereka untuk penyelidikan dan pengajaran disiplin tertentu untuk dipertimbangkan. Profesor dijangka menyampaikan ceramah siswazah siswazah dan siswazah, terutama sekali advokasi mereka dalam kursus dan kurikulum yang diberikan kepada tongkat akademik junior. Walau bagaimanapun, tanggungjawab utama mereka masih menjalankan penyelidikan dan berkongsi hasil dengan komuniti akademik di dalam dan di luar negara.

Kesimpulannya, setiap pensyarah mempunyai pangkat masing-masing. Seorang pensyarah yang mempunyai PhD tidak semestinya memiliki pangkat Profesor. Setiap mahasiswa perlu mengetahui pangkat yang dijawat oleh pensyarah mereka dan panggilah mereka dengan pangkat yang dimiliki sebagai tanda hormat dan sebagai tanda penghargaan. Nak buat tesis bukan satu perkara yang mudah ya. Saya nak buat disertasi peringkat Bacelor sampai keluar air mata darah inikan pula nk tulis disertasi peringkat Master dan PhD. Bagi saya, tidak salah kita sebagai pelajar memanggil mereka dengan gelaran yang sepatutnya walaupun pensyarah tersebut tidak kisah dengan gelaran panggilannya. Sekian saja untuk kali ini. Terima kasih semua.