BBM3410Dua: Sinopsis Ireland ProfDrN

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar? Harap semua berada dalam keadaan sihat sejahtera

Hari ni saya ditugaskan untuk membuat ulasan mengenai Blog Prof saya ketika berada di Ireland.

Pertama kali tgk post Prof di Blog. Gambar bilik Prof tinggal kecil betul ya. Agak-agak berapa la Prof bayar sewa sebulan. Kalau nak bayar lepas tu kena convert duit kita berapa lah agaknyanya. Kos sara hidup mesti tinggi di sana kan? Huhuhuhuhu.

Nampak Prof ada tulis keje dengan syarikat samsung. Wahh bestnya. Pengalaman Prof ni memang luas kan. Kerja luar negara lepas tu kerja dengan syarikat terkemuka pula tu. mmg salute habis la.

Selain itu, antara perkara yang paling best ada salji. Wahh salji. Heheheh dah kenapa kan. Negara 4 musim memang la ada salji kan.

Masa mula-mula Prof sampai Ireland Prof bawa anak-anak dia sekali rupanya dan anak-anak Prof sekolah kat sana. Waaa. Sekolah luar negara kau. Patut anak Prof semua hebat-hebat.

Bila tengok pemadangan kat sana. Waaa sangat-sangat best dan nampak sangat-sangat sejuk. Wuuuu

Prof juga sempat menjalani ibadah puasa. Puasa kat luar negara. Negara sejuk. Macam rasa puasa di negara sejuk ya. Mesti kurang rasa dahaga ke macam mana ya? Banyaknya la persolan saya bila baca Blog Prof di Ireland ni. Memang kena rancang ni supaya tercapai impian nak pergi ke negara orang terutama negara sejuk.

Budaya kerja di luar negara juga nampak menarik. Kalau di Malaysia, saya yang belum kerja ni pun dah tahu macam mana budaya kerja di Malaysia ni. Sebabnya boleh dapat tahu berdasarkan pemerhatian. Kalau budaya kerja luar negara, mesti kita kena merasa kerja di sana atau buat pemerhatian di sana kan.

Kesimpulannya, bila tengok Blog Prof saya rasa sangat teruja nak pergi ke negara orang. Kita boleh merasai budaya orang. Konsep budaya ni luas tahu seperti cara hidup, makanan dan pantang larang. Saya sangat-sangat teruja melihat gambar-gambar Prof. Memang kena pergi ke negara orang sekurang-kurangnya sekali seumur hidupkan. Setakat itu sahajalah perkongsian saya untuk hari ni. Terima kasih