BBM3410 Dua

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Saya harap semua berada dalam keadaan baik sentiasa berada dala rahmat Allah. moga urusan kehidupan seharian kita di permudahkan oleh Allah.

Nama saya Saiful Ibrahim Abas Bin Saiful Bahri. Anda boleh memanggil saya Abas. Saya lahir pada 25 Jun 1997 dan lahir di Kuantan, Pahang. Saya mempunyai dua orang adik beradik dan saya merupakan anak sulung. Saya merupakan mahasiwa Universiti Putra Malaysia kampus Serdang, Selangor. Saya belajar pada peringkat Bacelor iaitu pengkhususanh Bacelor Satera (Bahasa dan Linguistuik Melayu). Saya sekarang sedang berada di semester yang ke empat.

Hobi saya agak pelik kalau orang nak tahu. Tapi saya nak cerita juga. Hehehe. Saya ni walaupun dah dewasa tapi saya masih lagi suka sangat btengok kartun. Dari kecil saya suka tonton Karyon Shin chan dan Doraemon. Tapi, sekarang saya lebih suka menonton animasi tempatan seperti Boboiboy dan Ejen Ali. Saya mengumpul komik edisi bulanan Boboiboy dan saya mempunyai koleksi semua episode kartun Boboiboy dari musim pertama, musim kedua, musim ketiga, Boboiboy The Movie, dan yang terkini Boboiboy Galaxy musim pertama. In Sha Allah pada hujung tahun 2019 akan terbit Boboiboy The movie 2.  

Pada semester ini saya mengambil kursus Multimedia dalam bahasa. Apa kaitan multimedia dengan bahasa pula kan? Tak pa lah kita tunggu kelas seterusnya nanti. Kelas ini dibawah kendalian seorang Profesor tau bukan Profesor Madya. Beliau mendapat P.h.D di United Kingdom kau. Saya nak buat Ijazah di UPM ni pun dah separuh nyawa yihhhh. Tapikan saya suka cara Prof ni. Walaupun nampak tegas sebenarnya bagus untuk saya jugak supaya menjadi seorang yang mementingkan masa dan sentiasa membuat yang terbaik dalam apa saja pekerjaan yang kita lakukan.

Setakakat ini saja la coleteh saya, semoga anda semua berada dalam keadaan sihat dan gembira sentiasa. Jumpa lagi di lain kesempatan. Adiosss