BBM3410 Dua: Pengalaman bersama pensyarah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Como estas? Muy bien? Alhamdulilah. hehehe. Bosan jug ulang ayat yang sama untuk tanya khabar kan. Hari ni kita tanya khabar dalam bahasa Sepanyol pula. Nak tahu maksud. Pergi cari sendiri. Hahahahaha
Baik hari ni saya nak cerita tentang pengalaman saya. Pengalaman yang pertama dengan Pensyarah saya sendiri. Beliauu bernama Norazlina binti Mohd Kiram. Beliau merupakan Pensyarah di UPM dan merupakan Prof. Madya di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi dan beliau pernah mengajar saya pada semester lepas iaitu semester tiga.
Saya suka dengan cara beliau bekerja. Beliau sentiasa nampak ceria dan bertenaga. Semasa mengajar di dalam kelas, beliau menggunakan pelbagai pendekatan untuk menarik perhatian pelajar supaya pelajar tidak cepat bosan dan rasa mengantuk di dalanm kelas. Tugasan dalam kelas beliau juga agak mencabar tetaoi kami berjaya mnyiapkan semua tugasan yang diberi tepat pada masa. Kali pertama meeting di ofis beliau, masa tu saya tak berapa kenal lagi Dr ni. Masa tu nak hantar slide untuk disemak. Kami memang ada buat kesalahan dan memang kena marah teruk. Marah teruk maknanya marah-marah sayang la. hehehe Sigh. Dah la pertama kali jumpa depan-depan kena marah pula tu. Tapi apakan daya dalam proses pembelajaran memang kena banyak bersabar. Saya juga pernah bergaduh.Ehh bergaduh? Bukan bergaduh la macam berdebat la, saya nak menang juga tentang hasil kerja saya. Masa tu saya silap print out. Saya pergi print out yang lama. Dr tak puas hati dengan saya dan minta saya buka e mail saya di komputer Dr. Oh ya peristiwa ni juga berlaku di ofis Dr juga. Tapi malangnya hasil kerja saya yang betul tu tiada dalam e mail saya.Mungkin saya tepadam lepas print dan Dr menang lagi. Sigh. Tapi tak pa, saya belajar banyak perkara dari peristiwa itu. HUHUHUHU.
Isnin yang lalu iaitu 4/3/2018. Kmai berjumapa lagi. Saya aturkan supaya saya dan rakan-rakan yang lain dapat bertemu kembali. Cewahh. Kami duduk makan bersama-sama. Bersembang mengenai pengalaman. Bertukar-tukar pendapat. Sebenarnya Dr dapat mengecam sesuatu daripada saya masa tu. Saya mcam haa sudah. Jangan la Dr korek rahsia saya depan kawan-kawan saya. Sya takut untuk becerita tentang perkara tu. Munkin saya dan Dr boleh mengadakan sesi pertemuan lain untuk sesi luahan hati yang lebih mendalam. Huhuhuhu.
Sampai di sini saja la kisah saya. Jumpa lagi di lain ketika. Adiosssss.
BBM3410Dua: Sahabatku

Hola todos! Como Estas? Hari ni nak cerita pengalaman dengan sahabat.
Ini semua sahabat saya. Saya mengenali mereka semua semasa menyambung pengajian di tingkatan 6. Mula-mula kenal agak awkward la juga. lama-lama kenal ehh jadi BFF kacip umu 1 Malaysia pula. Semua dalam gambar tu berjaya menyambung pengajian ke peringkat bacelor. Ada yang ke UM, UKM , USM, UTHM, dan UPSI. Oh ya, afiqah a.k.a Ucid sama tempat belajar dengan saya dan kami satu kepas di UPM. Kuikuikui.
Banyak kenangan dan pengalaman dengan mereka. Antaranya kami ada dua pakar semasa di tingkatan 6 sebab pointer mereka power iaitu Hakam dab Fazli. Mereka berdua ni jadi tempat rujukan kami dan tempat minta jawapan bila ada homework. Huihui. Kami pernah alami detik-detik sukar bersama. Antaranya kami pernah bergaduh bila nak keluar ke Kuala Gandah. Kami dah siap sedia seblum subuh lagi tapi Si Din tu pukul 8 lebih baru nak ambil kat rumah. Herhh. Kami dah hampir-hampir nak batalkan rancangan nak tengok gajah hari tu. sigh. Sabar je lah. Mak Ucid dah penat-penat masak untuk kami hari tu. Agak sakit hati bila ingat balik. yihhh
Dengan kawan lelaki pula, iaitu Hakam, Fazli dan Din pula, kami pernah menempuhi saat-saat sukar terutama masa pembentangan kertas kerja Geografi. Tersalah cakap sikit je depan Penilai yang merupakan cikgu kami, kena hentam teruk woii. Macam nak viva Phd kot. Saya mula-mula lawan juga, tapi lepas dihentam dengan soalan -soalan maut saya menyerah kalah. Tapi kawan saya Hakam, dia punya pertahan pendapat dia sampai macam nak gaduh dengan cikgu tu. huhhh hebat dan sekarang dia sambung pengajian dalam bidang law. Memang patut pun kau jadi Lawyer yiiihh….
Ada banyak lagi pengalaman dengan mereka ni. Mungkin dari semasa semasa saya akan upload sebab masa tak mengizinkan. Ada banyak kije lain pulak koi nak kena buat ni. yihhh. Jumpa lagi. Adioss.
Kembali semula setelah sekian lama
haii semua. Apa khabar. lama betul tak buka blog ni. ye la. dulu selalu buka dan update pun untuk tugasan je. sekarang ni sibuk dengan disertasi bacelor, lagi la tak da masa. haduii.
tapi hari ni update mengenai perkara yang tidak disangka-sangka. dunia kita telah diserang oleh virus corona. virus yang boleh membawa maut. fuhh. semua sekolah, universiti, pejabat, kedai perlu ditutup ketika perintah kawalan pergerakkan. aku tengah2 busy gila nak siapkan kerja tetiba kena balik kampung sebab virus ni. ingatkan pkp ni dua minggu je sebab tu aku tak bawa balik dokumen2 penting. sekali pkp dah sampai fasa ketiga bersamaan sebulan 2 minggu dan mungjin sambung fasa ke 4 dan seterusnya. stressnya nak buat kerja tak boleh sebab semua dokumen ada kat UPM tu. tak sangka pkp sampai sebulan lebih. hal ini berlaku sebab rakyat malaysia ni degil tahap dewa. kerjaan suruh duduk rumah tapi tetap menggelumpur ke sana ke mari. last2 wabak covid-19 tak dapat nak diputuskan. kesian orang yang patuh pkp ni tauu!!!
ok tu jella mood aku nak menulis ni. nanti kalau rajian aku update la mengenai penulisan tesis ya!! adioss